Mengembalikan Sinar Harapan

"Kalian telah dilekakan dengan buai dunia, Dunia menanti kalian bergerak menggoncangnya"

Objektif Laman Ini

Sebenarnya, laman ini ditubuhkan atas kesedaran untuk membuka minda masayarakat. Diharapkan generasi muslim akan datang tidak akan meninggalkan pegangan agama Islam ini. Jadi, laman ini mempunyai objektif untuk menyedarkan generasi remaja muslim supaya tidak lalai dalam menunaikan tanggungjawab mereka kerana pemuda Islam merupakan kunci kepada kebangkitan ummah. Menyedari budaya-budaya hedonisme yang diterapkan oleh masyarakat bukan Islam telah meresapi golongan-golongan remaja Islam, jadi atas faktor ini laman ini cuba menyedarkan remaja muslim dari terleka dari buai dunia.Disamping itu, laman ini bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan yang dipetik dari banyak sumber supaya generasi akan datang menjadi generasi yang berilmu dan dapat mengangkat martabat umat Islam di dunia ini.Diharapkan usaha ini mendapat bantuan dari Allah SWT.

 

Siapa Kami?

Merupakan pemuda Islam yang menyedari tanggungjawab menyampai ilmu meskipun sekadar satu patah kata. Kami menyedari bahawa kita tidak memerlukan seluruh kepakaran dalam sesuatu bidang untuk menyampaikan ilmu pengetahuan. Namun, jika kita mampu kita dipertanggungjawab kan untuk menunaikan fardu kifayah ini. Kami mempunyai objektif untuk memajukan umat Islam di masa hadapan selari dengan tuntutan Islam itu sendiri.

Sebagai pemuda Islam, kami mempunyai harapan untuk menyedarkan golongan pemuda supaya tidak terus terleka dengan kehidupan di dunia dan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama. Kami juga ingin memberi sedikit ilmu pengetahuan kepada golongan pemuda supaya mereka menjadi generasi yang dahagakan ilmu pengetahuan dalam meniti kehidupan yang mencabar ini. Semoga dengan usaha kami yang sangat sedikit ini dapat mendapat sedikit hasil dan manfaat kepada pelawat laman ini. 

Pengumuman

Sekarang tiadasempadan telah bertukar domain ke tiadasempadan.co.cc  Terima Kasih.

Recent Blog Entries

by tiadasempadan | 0 comments
by tiadasempadan | 2 comments
by tiadasempadan | 2 comments
by tiadasempadan | 1 comments

Featured Products

Renungan Bersama


Sabda Rasulullah s.a.w,

“Telah berlaku era pemerintahan KENABIAN, ia berlaku dan berakhir sepertimana yang Allah kehendaki. Setelah itu berlaku pula era pemerintahan KHALIFAH AL-RASYIDIN yang berjalan mengikut manhaj (ciri) era kenabian, ia berlaku dan berakhir menurut sepertimana yang Allah kehendaki. setelah itu diganti pula dengan era pemerintahan yang MENGIGIT (FITNAH) diperintah secara warisan (MONARKI), ia berlaku dan berakhir mengikut kadar masa yang ditentukan Allah s.w.t. Setelah itu diganti dengan era pemerintahan DIKTATOR, ia berlaku dan berakhir mengikut tempoh yang Allah kehendaki. Setelah itu diganti pula dengan era pemerintahan KHALIFAH yang mendapat petunjuk di atas jalan kenabian (berjalan mengikut MANHAJ KENABIAN). Era ini ialah era kegemilangan keseluruhan muka bumi”

(Riwayat Imam Ahmad, Al Bazar, dan At Thabrani dari Huzaifah - Rujuk Al’alam Al-Islami Wal Makaid ad-Daulah Khalal Qurna Ar-Rabi’ Isyril Hijri oleh Ust. Fathi Yakan)

Hits

Budak dalam perut...