Mengembalikan Sinar Harapan

"Kalian telah dilekakan dengan buai dunia, Dunia menanti kalian bergerak menggoncangnya"

Rock atau Nasyid?

Sudah lama rasanya saya tidak update page muzik ini. Bukannya apa, cuma tidak berkesempatan untuk memberi sedikit pendapat. Bila membicarakan tentang muzik, pasti orang akan membicarakan mengenai melodinya,liriknya dan genrenya. Terdapat banyak genre muzik pada masa sekarang ini seperti nasyid, rap, metal, pop dan macam-macam lagi. Ada sesetengah muzik yang mempunyai iringan instrumen bertali, ada sesetengah cukup dengan hanya berbekalkan alunan suara. Bergantung kepada si pencipta lagu. Banyak juga lagu-lagu nasyid yang sekarang yang telah keluar kepompongnya. Ada irama nasyid yang berbentuk rap untuk menyampaikan dakwah, contohnya seperti penyanyi nasyid Soldiers of Allah dari California(Jika saya tidak silap asal mereka ini), Lament, An-Nasr Production dan lain-lain. Pada mulanya konsep mereka dalam menyampaikan dakwah tidak diterima, namun sekarang lagu-lagu mereka ini menjadi lagu pilihan ke udara. Namun, terdapat juga nasyid yang lari dari tujuan asal konsep lagu nasyid, seperti liriknya yang memuja-muja kecantikan wanita, dan cenderung kepada lagu cinta yang digarapkan dengan konsep 'Islamik'. 

Tetapi, saya terfikir bagaimana pula jika lagu itu berentak rock dan rancak tetapi mempunyai unsur kemanusiaan dan dakwah di dalamnya. Mana satu yang lebih bagus? Lagu nasyid yang telah lari dari konsep asal ataupun lagu-lagu rock yang mengingatkan kita kepada matlamat hidup kita?  Namun, nak mencari lagu rock yang berbentuk dakwah adalah amat sukar sekali. Tapi saya pernah mendengar lagu nasyid yang berentak keras dari penyanyi indonesia, Ar-Ruhul Jadid,Gondes, dan Ira. Lirik lagu mereka ini sangat berkobar-kobat dan membuatkan kita berasa bersemangat.Saya pernah melihat video persembahan mereka secara live, penonton-penonton yang terdiri daripada pemuda begitu bersemangat apabila lagu tentang Palestin dikumandangkan. Persembahan mereka juga teratur, para muslimah dikehendaki menutup aurat dan di letakkan bahagian paling belakang untuk mengasingkan lelaki dan perempuan. Tiada percampuran antara lelaki dan perempuan walaupun persembahan itu seolah-olah konsert rock kerana diiringi pukulan drum yang bertalu-talu dan sorakan pemuda-pemuda.

 

Di sini saya ada memetik artikel daripada sahabat saya, Kid di dalam blog beliau leokid.wordpress.com. Beliau ada menghuraikan serba sedikit mengenai konsep muzik di dalam Islam berdasarkan sumber-sumber yang sahih.

                    

                        

Al marhum Syaikh Mahmud Syaltut, bekas rektor al Azhar dalam koleksi Fatwanya, alFatawa (terbitan Darul syuruq, Cairo. 1960) ms 355-359 menjelaskan dengan tegas empat perkara tentang muzik:

Pertama: Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama (hukumnya) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugrahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga. (Syaikh Syaltut menggunakan hujah Imam alGhazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2, pg 208.)

Kedua: AlQur’an yang mendasari segala peraturan dan perundangan di atas dasar kesempurnaan dalam Tujuan sentiasa menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan dipihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Islam mahukan kesederhanaan.

Ketiga: Fuqaha’ terdahulu membenarkan musik apabila mempunyai konteks yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, hajji, perkahwinan, perayaan id. Mengikut fuqaha’ Hanafi muzik yang dilarang ialah dengan bersyarat jika ia bercampur dengan sebutan alkohol, gadis penyanyi, fusuq, perzinaan dan keberhalaan. Aku (Syaltut) berpendapat larangan terhadap muzik adalah berdasarkan kpd konteks dan iringannya dengan yang lain dan bukanlah suatu reaksi terhadap muzik itu sendiri.

Keempat: Syaikh Mahmud Syaltut memberi amaran bahawa sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah. Dalilnya ialah firman Allah dalam surah al A’raf: 32-33.

                

Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya’ Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan.

‘Zaman’ merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah.
‘Makan’ merujuk kepada suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan.
‘Ikhwan’ merujuk kepada aktiviti muzik itu; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.

Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.

So kalau kita lihat pada zaman kita sekarang ini,

Faktor ‘Zaman’ (Masa) : Bagaimana muzik dimainkan? Di setiap masa ada orang mendengar muzik. Sehingga waktu solat disanggahi dengan konsert-konsert dan rancangan-rancangan hiburan. Adakah ini dibolehkan?

Faktor ‘Makan’ (Situasi) : Dalam situasi apakah yg menuntut muzik dimainkan? Hampir di semua situasi, di semua keadaan. Hatta di kedai makan pun diperdengarkan muzik. Konti-konti radio beroperasi 24-jam non stop memperdengarkan muzik.
               
Faktor ‘Ikhwan’ (Aktiviti) :
Muzik-muzik dimainkan di disko2, di konsert2. Malah dipertandingkan di ‘akademi-akademi’. Wujudnya pergaulan bebas di dalam konsert, malah artis-artis terlalu dipuja-puja melebihi para Rasul dan Nabi sendiri.

Ada ramai yg berkata, mendengar muzik untuk menenangkan hati. Saya menjawab,
"…ketahuilah, dengan mengingati Allah maka tenang tenteramlah hati manusia" [13:28]

                              

So kembali kepada persoalan individu. Bolehkah kita mendengar muzik? Maka jawapan saya, boleh selagi mana kita aplikasikan ketiga-tiga faktor di atas kepada diri kita.

Pertama, faktor masa. Adakah dengan mendengar muzik itu melalaikan kita dari kewajipan yg perlu ditunaikan? Kerna sekiranya ya, maka secara automatik jatuh hukum haram ke atas mendengar muzik itu.

Faktor kedua pula, faktor situasi: Adakah situasi kita membenarkan kita mendengar muzik? Contohnya ketika di dalam masjid, ketika azan sedang berkumandang dan sebagainya.

Faktor ketiga pula, adalah aktiviti kita berdasarkan muzik tersebut. Adakah kita sambil mendengar muzik tersebut terjerit terlalak terkinja-kinja seperti kafir mabuk? Adakah ketika mendengar muzik sambil menari2, berduet dengan spesis berlainan jantina dan lain-lain yang sudah zahir menunjukkan ke arah kemungkaran?

Justeru, nak mendengar muzik boleh, sekiranya ketiga-tiga faktor tersebut bersesuaian. Ingat, ketiga-tiganya harus dijaga, barulah hukum mendengar muzik tersebut secara mutlak terpelihara. Kalau salah satunya tidak kena (contoh: masa tidak kena), maka tidaklah jatuh hukum harus ke atas perbuatan tersebut.

Berbalik kepada soalan asal: apakah alat muzik yang dibenarkan dan yang tidak dibenarkan dalam Islam?         

Al Ghazali menjelaskan (Ihya’ Ulumiddin, vol2, pg 271-272): tidak ada keterangan yang jelas dari sunnah yang melarang alat-alat muzik bahkan setengah alat muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang, ia tidak lebih daripada seperti kemerduan suara burung. Ianya dilarang jika ada hubungan atau dikaitkan dengan kumpulan peminum arak, homoseks dan lain-lain yang dilarang.

Sekian, wallahua’lam.

 

 

Itu adalah pendapat yang beliau telah huraikan. Diharapkan anda semua dapat membuat kesimpulan yang tersendiri dengan ilmu yang anda perolehi supaya kita semua tidak termasuk dalam golongan yang lalai.

 

 

 

 

Cromok-Memories

     oleh: techis

 

          

Ini adalah cover song daripada band Cropox.Saya telah melihat banyak performance band ini dari youtube. Bagi saya band ini sangat bagus kerana muziknya memang tidak ubah seperti lagu Cromok yang asal. Tahniah diucapkan kepada mereka. Dari informasi yang saya dapat daripada band ini, mereka akan mengeluarkan album sedikit masa lagi. Katanya, sekarang mereka sedang cuba menghabiskan kesemua cover song dari album Cromok-Forever in Time. Semoga Cropox terus sukses selalu seperti lagenda thrash metal Malaysia, Cromok.

Gitar Elektrik untuk dijual...

Disini terdapat gitar elektrik milik rakan saya. Beliau ingin menjual gitar elektrik ini.

tarikh iklan ini diletakkan: 12/2/2009

Brand: Santa Cruz

Body : Metal

Sebab dijual: Beliau nak beli motor baru.

Harga: RM510 (boleh dirunding)

 

Jikalau berminat, anda bolehla menghantar SMS ke no nie 0137319586 atau menghantar emel ke

the_techis@yahoo.com. Saya akan cuba menghubungi anda secepat yang mungkin.

 

Cromok- Obsessed

Obsessed
by Cromok

Obsessed, we're been blinded by creation

That rule our life

Oblirious to us but it's there

Looks can be deceiving

Whisper can be deafning calls



Plessure and pain

Power and passion, greed and lust

They all stand tall

Dominant in the heart

Fatality to the soul



Life is full of promises

Few are kept many are thrown away



Imprisoned in a cage of lust

Betray your own will

Captured by the frozen whirlpool of fantasy

Caught in the dry swamp of dreams



Trapped in a misty sea, starving to death

Flame of obsession like a burning torch

It burns your misery



See if you recognise the voice that speaks to you

Soft silence whisper screaming to your ear

Demanding a better change, a better fate

A better future for your life



See if you recognise the light that shine on you

Colourful rainbow shine for us to see

Success could be happiness

Could be fatal

Depend on what it may be



Obsessed final challenge of your life

The game that you play, do it your own way

Obsessed final challenge of your life

The path you have chosen

Point of no return



Mr_barbarik

Pengumuman

Sekarang tiadasempadan telah bertukar domain ke tiadasempadan.co.cc  Terima Kasih.

Recent Blog Entries

by tiadasempadan | 0 comments
by tiadasempadan | 2 comments
by tiadasempadan | 2 comments
by tiadasempadan | 1 comments

Featured Products

Renungan Bersama


Sabda Rasulullah s.a.w,

“Telah berlaku era pemerintahan KENABIAN, ia berlaku dan berakhir sepertimana yang Allah kehendaki. Setelah itu berlaku pula era pemerintahan KHALIFAH AL-RASYIDIN yang berjalan mengikut manhaj (ciri) era kenabian, ia berlaku dan berakhir menurut sepertimana yang Allah kehendaki. setelah itu diganti pula dengan era pemerintahan yang MENGIGIT (FITNAH) diperintah secara warisan (MONARKI), ia berlaku dan berakhir mengikut kadar masa yang ditentukan Allah s.w.t. Setelah itu diganti dengan era pemerintahan DIKTATOR, ia berlaku dan berakhir mengikut tempoh yang Allah kehendaki. Setelah itu diganti pula dengan era pemerintahan KHALIFAH yang mendapat petunjuk di atas jalan kenabian (berjalan mengikut MANHAJ KENABIAN). Era ini ialah era kegemilangan keseluruhan muka bumi”

(Riwayat Imam Ahmad, Al Bazar, dan At Thabrani dari Huzaifah - Rujuk Al’alam Al-Islami Wal Makaid ad-Daulah Khalal Qurna Ar-Rabi’ Isyril Hijri oleh Ust. Fathi Yakan)

Hits

Budak dalam perut...