![]() |
| MADINA |
![]() |
| ANNA |
MOSCOW - Seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun dijaga oleh beberapa ekor anjing setelah dia diabaikan oleh ibunya yang kaki botol, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa pekerja khidmat sosial yang menemui budak itu terkejut apabila mendapati kanak-kanak tersebut bukan sahaja berbogel tetapi turut merangkak seperti anjing serta menggonggong tulang.
Ibunya makan di meja manakala anaknya itu dibiarkan makan di lantai bersama anjing.
Kanak-kanak yang bernama Madina itu hanya mengetahui dua perkataan iaitu 'ya' dan 'tidak.'
Dia turut menggeram seperti anjing ketika didekati.
Madina yang berasal dari Ufa, tengah Rusia tidak berkawan dengan jiran-jiran manakala ibunya, Anna, 23, sentiasa mabuk sehingga mengabaikan kanak-kanak itu.
"Kanak-kanak itu mempunyai senyuman manis tetapi dia kekurangan penjagaan dan kasih sayang selain daripada anjing-anjingnya," kata seorang pekerja sosial.
Bapa kanak-kanak itu menghilangkan diri sebelum kelahirannya menyebabkan Anna meminum arak sehingga mabuk, kata beberapa jiran.
Menurut mereka, Anna sering menjemput rakan-rakannya untuk berparti arak di rumah.
Beberapa kakitangan perubatan berkata, mental dan fizikal kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik di sebalik kelakuannya. - Agensi
Latar Belakang Ibnu Sina
IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybi’ah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan.
Pelajaran pertama yang diterimanya pada zaman kanak-kanak adalah Al-Quran dan sastera yang didapati olehnya secara tidak formal. Ia mula belajar pada usia 5 tahun. Sementara itu sewaktu berumur 10 tahun , beliau telah berjaya menghafal Al-Quran. Pada masa umurnya meningkat 18 tahun Ibnu Sina telah menjadi "Doktor Di Raja". Disamping itu, Ibnu Sina jiga telah menguasai seluruh cabang ilmu pengetahuan yang ada pada waktu itu. Ilmu-ilmu agama seperti tafsir, fiqh, perbandingan agama (ushuluddin), tasawuf dan sebagainya sudah dikuasainya ketika baru berusia 10 tahun. Pada masa kecilnya, ia dibimbing dan dididik oleh Abu Abdullah Natili, seorang sahabat karib ayahnya, dan ayahnya sendiri. Antara bidang ilmu yang berjaya dikuasainya termasuklah dalam bidang falsafah, kedoktoran, geometri, astronomi, muzik, syair, teologi, politik, matematik, fizik, kimia, sastera dan kosmologi.
Ensiklopedia Kedoktoran Pertama
Pada usia 21 tahun, ketika berada di Kawarazm, ia mulai menulis karyanya yang pertama yang berjudul "Al-Majmu" yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap.Kemudian ia melanjutkan menulis buku-buku lain.Nama-nama buku yang pernah dikarang Ibnu Sina, termasuk yang berbentuk risalah ukuran kecil, dimuat dan di himpun dalam satu buku besar yang berjudul "Essai de Bibliographie Avicenna" yang dihasilkan oleh Pater Dominican di Kairo.Antara yang terkandung dalam buku tersebut termasuklah buku karangan yang amat terkenal iaitu Al-Qanun Fit – Tibb.
Teori-Teori Anatomi Dan Fisiologi
Teori-teori anatomi dan fisiologi dalam buku-buku beliau adalah menggambarkan analogi manusia terhadap negara dan mikrokosmos (dunia kecil) terhadap alam semester sebagai makrokosmos (dunia besar).Misalnya digambarkan bahawa syurga kayangan adalah bulat dan bumi adalah persegi dan dengan demikian kepala itu bulat dan kaki itu empat persegi. Terdapat empat musim dan 12 bulan dalam setahun, dengan itu manusia memiliki empat tangkai dan lengan (anggota badan) mempunyai 12 tulang sendi. Hati (heart) adalah ‘pangeran’-nya tubuh manusia, sementera paru-paru adalah ‘menteri’-nya. Leher merupakan ‘jendela’-nya sang badan, manakala kandung empedu sebagai ‘markas pusat’-nya. Limpa dan perut sebagai ‘bumbung’ sedangkan usus merupakan sistem komunikasi dan sistem pembuangan.
Sementara itu "Canon of Medicine" memuatkan pernyataan yang tegas bahawa "darah mengalir secara terus-menerus dalam suatu lingkaran dan tak pernah berhenti" . Namun ini belum dapat dianggap sebagai suatu penemuan tentang srikulasi darah, kerana bangsa cina tidak membezakan antara urat-urat darah halus (Veins) dengan pembuluh nadi (arferies). Analogi tersebut hanyalah analogi yang digambarkan antara gerakan darah dan siklus alam semesta, pergantian musim dan gerakan-gerakan tubuh tanpa peragaan secara empirik pada keadaan yang sebenarnya.
Pengaruh Ibnu Sina (Avicenna)
Pengaruh Ibnu Sina sebagai seorang failasuf dan doktor perubatan dalam kebudayaan Eropah adalah luas. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) terdiri daripada 14 jilid, telah dianggap sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan. Ilmu perubatan moden banyak mendapat pelajaran daripada Ibnu Sina, dari segi pengunaan ubat, diagnosis dan pembedahan.
Terjemahan Dan Bahan Rujukan al-Qanun Fit- Tibb
Pada abad ke 12 M Gerard Cremona yang berpindah ke Toledo, Sepanyol telah menterjemahkan buku Ibnu Sina ke bahasa Latin. Buku ini menjadi buku rujukan utama di universiti-universiti Eropah hingga 1500 M. Bukunya telah disalin (cetak ) sebanyak 16 kali dan 15 edisi dalam bahasa Latin dan sebuah edisi dalam bahasa Yahudi (Hebrew).Disamping itu buku tersebut turut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, Perancis , Sepanyol dan Itali . Pada abad ke 16 M , buku ini dicetak 21 kali.
Al-Qanun Fit-Tibb juga digunakan sebagai buku teks kedoktoran di berbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Kedoktoran Montpellier dan Louvin telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke 17 M. Sementara itu Prof. Phillip K. Hitpi telah menganggap buku tersebut sebagai "Ensiklopedia Kedoktoran".
Penulis- penulis Barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai ‘Bapa Doktor’ kerana Ibnu Sina telah menyatupadukan teori perubatan Yunani Hippocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan pengalaman beliau sendiri.
Perintis Pengenalan Penyakit Saraf
Al- Qanun Fit-Tibb telah membincangkan serta mengenegahkan mengenai penyakit saraf. Buku tersebut juga telah mengajar mengenai cara-cara pembedahan dimana telah menekankan keperluan pembersihan luka. Malahan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan –keterangan dengan lebih jelas di samping hiasan gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas.
Ibnu Sina- Sebagai Seorang Doktor.
Ibnu Sina pernah di beri gelaran sebagai "Medicorum Principal" atau "Raja Diraja Doktor" oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lain yang pernah diberikan kepadanya adalah sebagai "Raja Ubat". Malahan dalam dunia Islam, ia dianggap sebagai "Zenith", puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran . Ibnu Sina menjadi "Doktor Di Raja" iaitu doktor kepada Sultan Nuh 11 bin Mansur di Bukhara pada tahun 378 H/ 997 M iaitu ketika beliau berusia 18 tahun. Pada waktu itu penyakit sultan dalam keadaan parah dan tidak ada doktor lain yang berjaya mengubati baginda. Akan tetapi berkat pertolongan Ibnu Sina baginda kembali pulih.
Penemuan-Penemuan Baru
Ibnu Sina dikenali sebagai seorang saintis yang banyak memberikan saham terhadap dunia ilmu pengetahuan melalui penemuan-penemuan barunya. Antara sumbangan beliau adalah di dalam bidang geografi, geologi, kimia dan kosmologi.
Bidang Geografi
Ibnu Sina merupakan seorang ahli geografi yang mampu menerangkan bagaimana sungai-sungai berhubungan dan berasal dari gunung-ganang dan lembah-lembah. Malahan ia mampu mengemukakan suatu hipotesis atau teori pada waktu itu di mana gagal dilakukan oleh ahli Yunani dan Romani sejak dari Heredotus, Aristoteles sehinggalah Protolemaious. Menurut Ibnu Sina " gunung-ganang yang memang letaknya tinggi iaitu lingkungan mahupun lapisannya dari kulit bumi, maka apabila ia diterajang lalu berganti rupa dikarenkan oleh sungai-sungai yang meruntuhkan pinggiran-pinggirannya. Akibat proses seperti ini, maka terjadilah apa yang disebut sebagai lembah-lembah."
Bidang Geologi, Kimia Dan Kosmologi
Sumbangan Ibnu Sina dalam bidang geologi , kimia serta kosmologi memang tidak dapat di sangsikan lagi. Menurut A.M.A shushtery, karangan Ibnu Sina mengenai ilmu pertambangan (mineral) menjadi sumber geologi di Eropah. Dalam bidang kimia , ia juga meninggalkan penemuan-penemuan yang bermanafaat . Menurut Reuben Levy, Ibnu Sina telah menerangkan bahawa benda-benda logam sebenarnya berbeza antara satu dengan yang lain. Setiap logam terdiri dari berbagai jenis. Penerangan tersebut telah memperkembangkan ilmu kimia yang telah dirintis sebelumnya oleh Jabbir Ibnu Hayyan , Bapa Kimia Muslim. Sebahagian daripada karyanya yang dapat dicatat disini adalah daripada :
1.Bidang logika "Isaguji", "The Isagoge", ilmu logika Isagoge.
2.Fi Aqsam al-Ulum al-Aqliyah (On the Divisions of the Rational Sciences) tentang pembahagian ilmu-ilmu rasional.
3.Bidang metafizika , "Ilahiyyat" (Ilmu ketuhanan)
4.Bidang psikologi , "Kitab an-Nayat" (Book of Deliverence) buku tentang kebahagiaan jiwa.
5. Fiad-Din yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin menjadi "Liber de Mineralibus" yakni tentang pemilikan (mimeral).
6.Bidang sastera arab "Risalah fi Asab Huduts al-Huruf" ,risalah tentang sebab-sebab terjadinya huruf.
7.Bidang syair dan prosa "Al-Qasidah al- Aniyyah" syair-syair tentang jiwa manusia.
8.Cerita-cerita roman fiktif , "Risalah ath-Thayr" cerita seekor burung.
9.Bidang politik "Risalah as-Siyasah" (Book on Politics) – Buku tentang politik.
Sumbangan Ibnu Sina
Ibnu Sina telah memperkembangkan ilmu psikologi dalam perubatan dan membuat beberapa perjumpaan dalam ilmu yang dikenali hari ini sebagai ilmu perubatan psikosomatics "psychosomatic medicine". Beliau memperkembangkan ilmu diagnosis melalui denyutan jantung (pulse diagnosis) untuk mengenal pasti dalam masa beberapa detik sahaja ketidak - seimbangan humor yang berkenaan . Diagnosis melalui denyutan jantung ini masih dipratikkan oleh para hakim (doktor-doktor muslim) di Pakistan, Afghanistan dan Parsi yang menggunakan ilmu perubatan Yunani. Seorang doktor tabii dari Amerika (1981) melapurkan bahawa para hakim di Afghanistan, China, India dan Parsi sanggat berkebolehan dalam denyutan jantung di tempat yang dirasai tetapi mutunya yang pelbagai .Ini merangkumi :
Dari ukuran-ukuran denyutan jantung seseorang hakim mungkin mengetahui dengan tepat penyakit yang dihinggapi di dalam tubuh si pesakit.
Ibnu Sina menyedari kepentingan emosi dalam pemulihan. Apabila pesakit mempunyai sakit jiwa disebabkan oleh pemisahan daripada kekasihnya , beliau boleh mendapati nama dan alamat kekasihnya itu melalui cara berikut:
Caranya adalah untuk menyebut banyak nama dan mengulanginya dan semasa itu jarinya diletakkan atas denyutan (pulse) apabila denyutan itu terjadi tidak teratur atau hampir-hampir berhenti , seseorang itu hendaklah mengulang proses tersebut. Dengan cara yang sedemikan , nama jalan , rumah dan keluarga disebutkan. Selepas itu , kata Ibnu Sina "Jika anda tidak dapat mengubat penyakitnya maka temukanlah si pesakit dengan kekasihnya , menurut peraturan syariah maka buatlah".(Terjemahan). Ibnu Sina adalah doktor perubatan yang pertama mencatatkan bahawa penyakit paru-paru (plumonary tuberculosis) adalah suatu penyakit yang boleh menjangkit (contagious) dan dia menceritakan dengan tepat tanda-tanda penyakit kencing manis dan masalah yang timbul darinya. Beliau sangat berminat dalam bidang mengenai kesan akal (mind) atas jasad dan telah banyak menulis berkenaan gangguan psikologi.
Beliau telah menghasilkan 250 buah karya dan masih kekal hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang "Ilmu Perubatan. Banyak karyanya ditulis dalam bahasa Arab dan juga beberapa dalam bahasa Parsi. "Qanun Fitt Tibb" adalah karyanya yang termasyur , paling selalu dicetak di Eropah pada zaman "Renaissance". Karya Qanun itu telah mempunyai pengaruh yang asas dalam ilmu perubatan di Eropah pada zaman Renaissance dan telah menjadi buku rujukan yang utama di universiti-universiti Eropah hingga ke abad 17 M.
Penutup
Ibnu Sina meniggal dunia di Hamdan ,dalam usia 58 tahun pada bulan Ramadhan 428 H/1037 M .Ia dimakamkan di sana. Dalam rangka memperingati 1000 tanun hari kelahirannya (Fair Millenium) di Tehran pada tahun 1955 M ia telah dinobatkan sebagai "Father of Doctor" untuk selamanya-selamanya , dan di sana (Tehran) telah dibangunkan sebuah monemun sejarah untuk itu. Makam beliau di Hamdan telah di kelilingi oleh makam-makam doktor islam yang lain. Hal ini menyebabkan ahli-ahli ilmu yang terkemudian merasa megah kalau dimakamkan di tanah perkuburan di mana "zeninth" itu dimakamkan.
RUJUKAN
aritikel oleh: saudara Amir
Assalamualaikum semua,
Sebenarnya Ibn Sina tidaklah sepintar/secerdik yang disangka?
Bahkan kita semua jauh lebih cerdik daripada beliau, mungkin
boleh kita boleh katakan kita 10 kali lebih pintar daripadanya?
Tetapi persoalannya mengapakah dengan kecerdikan kita yang 10 kali
lebih dari tokoh Ilmuan Islam ini tidak mampu menaikan nama Islam
khususnya dlm bidang sains dan teknologi.
Hai para Cendikiawan semua, malang sungguh kita dengan segala kecerdikan
ini, kita berhempas pulas mencari ilmu siang malam, namun jika dibandingkan
impaknya mungkin 100kali bahkan 1000kali lebih rendah dari impak yang
dibawa oleh Ibnu Sina dalam bidang sains.
Jadi apa ketidak cerdikan beliau yg begitu beharga dalam bidang sains(biologi) ini?
Jika kebuntuan, jika mahu kefahaman, jika mahu dipermudahkan maka Allah lah yang
beliau cari. Mohon petunjuk atau munajat kepadaNya. Mohon kefahaman, mohon penerangan, mohon setitis ilmu dari khazanah ilmu Allah yang seluas lautan.Hasilnya lihatlah lukisan Anatomi manusia beliau yang begitu bermanfaat dan tidak mungkin pada zamannya lukisan yg begitu baik danterperinci terhasil selain dari ilham atau petunjuk dari Allah. Subhannallah.
Tapi kita dengan kecerdikan ini selalu lupa untuk bermunajat kepadanya.
akhirnya jadilah orang kedua selepas si pelopor ilmu sains moden ini(cendikiawan barat).
Jadi siapakah lebih cerdik? kita atau Ibnu Sina?
Bacalah buku mengenai riwayat hidup Ibnu Sina.
Wallahualam. ..
Wassalamualaikum,
Mohamad Amir b Shamsudin
MER, FKE, UTM.
“iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat, dan menginfakkan sebahagian daripada yang Kami rezekikan kepada mereka” (surah al-Baqarah[2]:3)
Di permulaan al-Quran lagi, Allah Azza Wa Jalla telah merumuskan formula kejayaan insan-insan yang mendapat petunjuk hidayah daripada Dirinya; iaitu -salah satunya- keupayaan mereka mempercayai apa yang tidak nampak pada mata kasar dan panca indera mereka. Itulah dia hal-hal yang ghaib.
Maka, dengan penjelasan karakteristik para muttaqin ‘orang-orang yang bertaqwa’ ini, seharusnya dunia meyakini betapa umat Islamlah generasi terbaik dalam memahami sebarang isu saintifik, mahupun aplikasi teknologi terkini. Masakan tidak? Tatkala generasi moden di zaman serba canggih ini memilih menjadi free thinker mahupun atheis, dan mendustakan Tuhan lantaran kegagalan mereka melihat Tuhan yang diimani oleh orang Islam, dan keraguan mereka terhadap keyakinan ‘tuhan-tuhan’ yang boleh nampak lantaran ‘tuhan-tuhan’ itu ada yang terpaksa makan dan ke pasar, ada yang tidak berupaya bergerak apatah lagi mempertahankan dirinya sendiri, ada yang mempunyai sekian banyak tuhan dan khusus menguruskan satu urusan sahaja sedang urusan lain dimanage oleh ‘tuhan’ yang lainnya, umat Islam pula telah melangkaui minda terhad ini tatkala meyakini perkara yang ghaib, termasuk mengimani Tuhan yang tidak bisa dilihat fizikal dan bentuk rupanya.
Lalu, manusia moden berfikrahkan atheis atau free thinker ini pun cuba berhujah dan mempromosikan bahawa Tuhan itu justeru tidak ada, kerana tidak bisa dilihat. Tapi, pada masa yang sama, mereka meyakini dan mengimani kewujudan tenaga elektrik, sedang rupa fizikal elektrik sahaja tidak pernah bisa ditangkap oleh panca indera mereka. Bagaimana mungkin mereka mengimani betapa berpandukan “Hukum Tangan Kanan” (Right Hand Rule)[3], elektrik bisa terhasil (I) demikian hadirnya daya atau gerakan (F) serta medan magnet (B), sedang elektrik yang terhasil itu sahaja tidak pernah bisa kita lihat, sedemikian juga medan magnet pun tak pernah akan bisa kelihatan. Lalu, bukankah mereka munafik tatkala sanggup membayar bil elektrik, sedang mereka sendiri tidak pernah dapat membuktikan elektrik itu benar-benar ada di dalam perkakasan elektrik rumah mereka?
Lantaran elektrik tidak dapat dilihat inilah, yang menyebabkan hatta para engineer sendiri terkeliru dengan fakta elektron bergerak pada arah yang berlawanan dengan arah arus. Ketika saya ditanya oleh sahabat saya yang terkeliru lantaran menganggap elektronlah yang dimaksudkan dengan arah arus itu, saya katakan padanya, arah arus itu yang bergerak dari terminal positif ke negative justeru adalah pergerakan lohong[2], sedang elektrok bergerak pada arah yang berlawanan dengannya, dari kawasan yang kepekatan negatifnya tinggi (terminal negative) menuju ke kawasan berkepekatan negative rendah (terminal positif). Semua kekeliruan itu terjadi, lantaran gagalnya kita memahami fenomena elektrik yang tidak bisa dilihat itu.
Tapi, orang beriman tidak pernah hairan dengan kewujudan fenomena ini, lantaran mereka adalah kelompok insan yang memang telah dihidayahkan oleh Allah untuk mengimani hal-hal yang ghaib. Hingga kewujudan medan magnet yang juga tidak mampu dilihat, kepada unsur-unsur sebuah atom yang ada padanya electron, proton serta neutron, adalah suatu yang tidak memelikkan kepada para muttaqin yang memang terdidik mengimani hal ghaib yang memang tidak mungkin bisa dilihat, dan sering sulit untuk dimengertikan.
Bagaimana pula dengan manusia moden yang mendiami pelusuk muka bumi kini? Jika memang Tuhan itu tidak wujud lantaran tidak bisa mereka lihat, maka sifir mereka itu seharusnya juga menafikan kewujudan elektrik lantaran elektrik tidak mungkin dapat dilihat. Maka usulkanlah segera dihapuskan semua fakulti kejuruteraan elektrik yang tidak sepatutnya wujud itu. Usulkanlah agar fakta medan magnet dinafikan segera, lantaran medan magent juga adalah sebuah fenomena yang tidak bisa ditangkap oleh mata kasar kita. Janganlah sesekali membeli handset, kerana sifat wireless yang diimplementasikannya menggunakan frekuensi dan gelombang untuk membolehkan wujudnya perhubungan, juga suatu yang justeru auta (pembohongan) lantaran mata kasar tidak mampu melihatnya.
Maka bijakkah anda yang menafikan atau meragukan wujudnya Tuhan, hanya kerana tidak mampu melihatnya?
p/s: sumber artikel ini saya tidak pasti dari mana. Namun artikel ini agak menarik menyebabkan saya meletakkannya.