|
|
Posting saya kali ini mungkin agak berlainan sedikit dari posting-posting yang sebelum ini. Dekat sini saya nak letak satu dialog saya dengan seorang penulis blog. Saya juga selalu berkomunikasi dengan beliau di alam maya ini. Dari maklumat yang saya dapat dari beliau, beliau merupakan seorang engineer dan berjiwa muda walaupun telah berkahwin.
Apa yang menarik saya untuk selalu melawat blog beliau adalah kerana beliau mempunyai taste muzik seperti saya dan minat bermain gitar. Saya mula melawat blog beliau apabila terlihat iklan yang diupload oleh beliau di dalam youtube bertajuk " manusia atau syaitan?". Masuk saja blog beliau, saya terus tergamam seketika. Saya tidak sangka orang yang mempunyai taste muzik rock seperti saya mempunyai pengetahuan yang sangat luas. Jadi, dari situ saya selalu melawat blog beliau. Di dalam blognya ada banyak mengupas tentang agama-agama samawi dan perbezaannya.Walaupun kebelakangan ini beliau jarang update( mungkin sangat sibuk). Jikalau anda juga berminat melawat blog saudara ini, dipersilakan ke blog ini:
satuhala.blogspot.com (saya tolong promote yer...cool)
Ini pula adalah balasan dari komen pertanyaan saya daripada beliau:
TECHIS:
assalamualaikum..
terima kasih di ats artikel saudara.
saya nak bertnya satu soalan, mengenai dajjal. Ada setengah pendapat mengatakan yang dajjal ini merupakan perumpamaan terhadap kuasa2 jahat sekarang ini, merupakan satu bangsa yang suka memusnahkan.
Tapi, saye pernah juga mendengar pendapat yang dajjal ini sejenis makhlus di dalam perut bumi yang sedang menunggu masa untuk keluar.Boleh saudara jelaskan jika saudara tahu tentangnya?
SATU HALA:
Wa'alaikumsalam Techis..
Berkenaan dengan Dajjal, ianya tidak dapat dihuraikan bagi memberi kefahaman sepenuhnya dlm ruang komen yang kecil ini, InsyaAllah jika diberi keberkatan masa, saya akan cuba menghuraikan tentangnya, proksi-proksinya dan modus operandinya di lain masa..
Secara ringkas, Dajjal penampilan wajahnya seperti manusia biasa, berwajah seakan-akan salah seorang pemuda yang wujud pada zaman Rasulullah, bermata buta sebelah kerana ditutupi daging yang berbentuk seakan-akan anggur kering. Dajjal membawa air dan api (sebuah metafora sebagaimana umum di dalam hadis-hadis Rasulullah), kedatangannya menyusuli zaman fitnah dan ketidaksuburan dunia (makanan. minuman yang berkurangan peringkat demi peringkat dan masalah ekonomi yang mencengkam iman setiap satu dari setiap manusia), kemunculannya 40 hari dimuka bumi dengan hari pertama bersamaan 1 tahun, hari kedua bersamaan 1 bulan dan hari ketiga seperti satu minggu dan hari-hari selebihnya seperti hari biasa.
(Dimensi hari ini dihitung secara subjektif dan boleh jadi merupakan
metafora atau dimensi masa yang berbeza. Sains tidak menafikan kewujudan dimensi-dimensi masa yg berbeza di dalam kosmos).
Rasulullah berpesan, jika bertemu Dajjal, untuk mengetahuinya, bacakan permulaan sepuluh ayat awal
surah al Kahfi.. fahami sepuluh ayat tersebut akan maksudnya. Bahawa Dajjal ini disokong dengan mekanisme yang digerakkan oleh golongan yang mengakui Tuhan itu mempunyai anak (Yahudi dan Nasrani). Di awal kemunculannya, dia akan disukai, dihampiri dan diikuti orang-orang beriman kerana dia menunjukkan dirinya sebagai manusia yang membawa kebaikan dan melakukan perubahan ke arah kebaikan agama, orang-orang beriman yang tidak dapat membersihkan diri dengan ketaksuban akan tertipu dengan penampilannya. Yang mengenali Dajjal pada awalnya ialah pemuda biasa yang diberikan Allah ilmu sama seperti yang diberikanNya kepada Abdus Soleh (ada riwayat menyatakan Abdus Soleh merupakan Khidir tetapi Syed Qutb dalam fi zilalil Qur'an mengenalkannya sebagai Abdus Soleh sebagaimana yang dicatatkan Allah di dalam al Qur'an) yang ditemui Musa. Dajjal akan mula mengumpul pengikut sehingga pada suatu tahap dia akan mengaku sebagai Tuhan. Bagi membuktikannya, dia akan bertemu dengan manusia lalu dikatakannya dia dapat mengembalikan ibu bapanya yang telah mati. lantas 'ibubapanya' itu dihidupkan dan berkata-kata kepadanya menasihatkan supaya mengikut telunjuk Dajjal.
Sedang bagi yang memahami, ibubapanya itu merupakan jelmaan syaitan bagi menipu hati-hati yang lemah. Dajjal akan menunjukkan bahawa dia membawa kemakmuran dan akan memberi kebinasaan kepada mereka yang tidak mahu mengikutnya.
Salah satu petanda hampirnya kepada kemunculan Dajjal dan Nabi Isa a.s. dalam dimensi hari-hari biasa dalam dunia ini ialah apabila tasik Tabariyyah (Galilee) di Palestin yang kini dikuasai Israel kini akan semakin surut sehingga kering (terbaru anda boleh periksa berita dari Jerusalem Post yang menunjukkan paras air di tasek Tabariyyas@tiberias@Galilee ini sudah surut ke tahap yang tidak boleh diselamatkan lagi.. lawat lama ini )
http://www.israeltoday.co.il/
default.aspx?tabid=178&nid=18067
dan laman di bawah ini..
http://www.telegraph.co.uk/earth
/earthnews/3350580/Sea-of-Galilee
-water-level-at-lowest-on-
record.html
(sambungkan dan klik serta baca.. bahawa Dajjal itu sudah semakin dekat)
Dia menghantar proksi-proksinya ke seluruh dunia termasuk negara kita bagi menghancurkan kekuatan Islam dengan memulakan perpecahan. Pengikutnya kebanyakannya berbangsa Yahudi. Dajjal pada ketika kemunculannya akan muncul dari sebuah daerah bernama Khurasan (sempadan Iran dan Afghanistan) dan dia akan mati ditangan Nabi Isa a.s. Isa a.s. akan muncul di menara putih, timur Damsyik. Baginda memakai 2 pakaian berwarna sambil memegang kepada sayap dua malaikat. Ketika menundukkan kepalanya, hujan mulai turun dan ketika dia mengangkatkan kepalanya manik-manik bagai mutiara berguguran jatuh. Kedatangan Isa a.s. pada ketika itu akan membawa penganut Nasrani kembali ke jalan Islam sebenar, membunuh (mengharamkan kembali kepada Nasrani) babi. Akan terjadi
peperangan besar sehingga setiap 99 yang terlibat di dalamnya mati dan 1 survive. Dajjal akhirnya akan di bunuh Isa a.s. Dajjal akan diburu Isa a.s. dan pengikutnya sehingga ke pintu gerbang Lud (sebuah kota berdekatan dengan BaitulMaqdis) lalu dibunuhnya.
Setelah itu, Muslim yg teguh iman dan dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal akan diberitakan nasib mereka di syurga dan lantas diselamatkan Allah ke satu tempat. selepas itu, Yakjuj dan Makjuj dibangkitkan. Gelombang pertama kebangkitan mereka sebaik mereka melewati tasik Galilee tersebut, tasik tersebut menjadi kering. Isa dan muslim yang diselamatkan sebelum dari itu akan terkepung dengan Yakjuj dan makjuj. lalu mereka berdoa meminta Allah menyelamatkan mereka. Lalu dikirimkan Allah penyakit (penyakit hidung seperti yang dijangkiti oleh binatang-binatang) kepada mereka, lalu kesemuanya mati bergelimpangan sehingga tiada ruang tanah yang tidak tercemar dengan bagkai mereka. Isa a.s. mendoakan kepada Allah supaya disingkirkan bangkai-bangkai busuk tersebut, lalau Allah mengirimkan burung-burung besar mengangkat bangkai-bangkai tersebut lalu dicampakkan ke tempat yang Allah tetapkan. Bumi makmur sesudah itu dan kekayaan melimpah ruah sehinggalah Alah mengirimkan angin yang mencabut roh semua yang beriman. Yang tinggal hanyalah mereka-mereka yang jahat dan bergaul dan bercampu baur seperti binatang (keldai pada perlakuan sumbang mereka). Golongan manusia inilah yang akan bertemu hari kiamat.
Ini ringkasan cerita Dajjal sehingga kiamat. Diisinkan Allah, saya akan membuat sebuah posting setelah semua yang saya rancangkan untuk dimasukkan ke dalam blog ini siap.
Berkenaan dengan pertanyaan saudara mengenai blog syurga Islam sebelum ini, jawapan kepada pertuduhan yang penulis blog itu kemukakan udah pun dijawab di dalam banyak blog anataranya ada saya tuliskan alamatnya pada laman pautan dalam satuhala. Sebagai contoh laman Answeringchristianity merupakan satu laman yang boleh dirujuk dan ada jawapan kepada apa yang direcycle kembali pertuduhan dalam blog syurga Islam. Beberapa pertuduhan juga telah saya jawab dalam posting-posting lalu. Jika ada kesempatan, saya akan cuba menjawab mana-mana pertuduhan yang belum disanggah sebelum ini. InsyaAllah.. terima kasih atas komen dan kunjungan saudara ke sini. InsyaAllah saya akan cuba menyiapkan posting demi posting mengikut kelapangan dan keberkatan masa dari Allah dengan keizinanNya. Wassalam....
p/s: Selamat melawat yer...Jangan lupa tinggalkan komen kat sane.. (^_^)
Categories: None