Mengembalikan Sinar Harapan

"Kalian telah dilekakan dengan buai dunia, Dunia menanti kalian bergerak menggoncangnya"

Blog

Adakah Anda Sibuk???

Posted by tiadasempadan at 02:41 PM on February 26, 2009


Sudah lama rasanya saya tidak menulis di blog.  Sejak di blog lama saya, techis.wordpress.com dan kemudian berpindah ke laman baru, sekarang baru saya terasa hendak menulis kembali. Bukannya apa, cuma sebelum ini masa tidak mengizinkan saya untuk menaip panjang-panjang. Tiap-tiap manusia ada masa lapang dan sibuknya yang  tersendiri. Cuma kebelakangan ini, saya amat sibuk sangat, dengan assignment yang bertali arus datang, ditambah pula dengan test dan kuiz. Urusan-urusan seperti ini menyebabkan kerja saya sedikit tergendala seketika. Saya juga percaya, rakan-rakan seperjuangan saya juga mengalami situasi yang sama.


Walaupun agak sibuk, namun perasaan tekanan tidak terlalu tinggi bagi saya. Sesetengah orang apabila berdepan dengan situasi seperti ini, akan berasa tertekan dan mula memencilkan diri dari kelompok masyarakat. Kadang-kadang, perasaan tertekan itu ada sedikit datang juga,namun apabila melihat rakan-rakan saya juga menghadapi situasi yang sama, saya berasa sedikit lega kerana rasa tidak keseorangan  dalam menghadapi masalah. Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya.


Jadi, apa kaitannya sibuk dengan anda??? Sebenarnya, sibuk ini ada pro dan kontranya yang tersendiri. Apabila anda menghadapi situasi berdepan dengan kuliah dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang, kemudian disambung pula dengan test dari pukul 5 ptg sehingga pukul 6, dan kemudian malamnya pula ada test pula. Memang anda akan rasa tekanan sedikit sebanyak menghimpit anda. Bagi yang mengambil perkara ini sebagai positif, mereka akan menganggap ini sebagai ujian kepada mereka dalam menguruskan masa dengan lebih teratur. Pada saat ini, anda akan dapat berasakan bahawa satu saat pun sangat berharga buat anda. Jikalau anda berdepan situasi seperti ini, nasihat saya kepada diri saya dan anda semua, pohonlah bantuan daripada Allah. Minta dipermudahkan segala urusan, InsyaAllah anda akan dapat rasa pertolongan Allah akan datang kepada anda.


Bagaimana pula yang mengambilnya sebagai negatif??? Golongan ini akan mula mencari alternatif untuk menghiburkan diri mereka. Tidak salah untuk kita berhibur, namun sesetengah orang mengambil jalan mudah dengan pergi ke tempat-tempat maksiat, berdua-duaan dengan bukan mahram atau dalam erti kata lain cuba menjauhkan diri dari Allah SWT. Manusia memang ada melakukan kesilapan, tidak ada manusia zaman sekarang yang sempurna, namun keazaman untuk berubah itu yang perlu kita pupuk.Saling nasihat menasihati sesama kita.


Pada zaman moden sekarang, sifat individulisme menjadi kebiasaan. Manusia sibuk dengan urusan masing-masing sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap saudara-saudara seagama mereka. Sebenarnya, banyak contoh yang boleh saya petik untuk menunjukkan sikap kita ini. Dari pemimpin-pemimpin negara Islam sehinggalah kepada diri kita sendiri. Kebanyakan pemimpin sekarang sibuk menimbun harta untuk diri mereka sendiri, dengan alasan kerjaya dan politik mereka(baca: politik sekular) sehingga mengabaikan saudara-saudara Islam kita yang sedang disembelih hidup-hidup di Palestin, Selatan Thai, Myamar, India, Filipina. Di sini kita dapat menyaksikan semangat individualisme yang terdapat pada jiwa mereka.Bagaimana pula dengan diri kita??? Tidak payah pandang jauh-jauh, lihat saja pada isu boikot. Berapa kerat saja daripada kita yang betul-betul komited dalam memboikot barangan Israel??? Jikalau anda sedang berusaha memboikot, saya ucapkan tahniah kepada anda kerana anda mempunyai semangat persaudaraan Islam. Namun, bagi yang tidak tergerak di hati mereka untuk memboikot, saya nasihatkan supaya anda siasat balik mengapa anda tidak tergerak untuk sama-sama memboikot. Adakah kerana hati anda mempunyai masalah?? Hanya anda sendiri yang tahu...


Apa yang saya harapkan cuma satu, iaitu agar remaja-remaja Islam sakarang kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Saya juga cuba mengubah diri saya untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Walaupun kadang-kadang ada juga salah dan silapnya. Saya harap anda juga begitu, sama-samalah kita saling berganding bahu untuk mengangkat martabat agama Islam ini di muka bumi kerana di akhirat kelak, kita akan disoal oleh Allah SWT, apa yang telah kita lakukan untuk agama kita ini. Adakah kita hanya hidup di dunia untuk mengejar kemewahan?? atau mengejar populariti?? atau mendapat 1st class tiap-tiap semester ??? Cukupkah semua itu?? Tepuk dada tanya iman...


Cukuplah setakat ini dulu coretan saya, jikalau ada benda yang saya rasakan menarik, saya akan post kan di dalam laman ini. Semoga hari-hari anda berlalu dengan lebih baik... =)



Categories: None

Post a Comment

Already a member? Sign In

1 Comment

Reply Khilafet1924
01:02 AM on March 04, 2009
Btl2. Saya kalau kita sibuk akan buatkan kita lagi ingat kepada Allah. Mungkin itu dugaan untuk kita.

Pengumuman

Sekarang tiadasempadan telah bertukar domain ke tiadasempadan.co.cc  Terima Kasih.

Recent Blog Entries

by tiadasempadan | 0 comments
by tiadasempadan | 2 comments
by tiadasempadan | 2 comments
by tiadasempadan | 1 comments

Featured Products

Renungan Bersama


Sabda Rasulullah s.a.w,

“Telah berlaku era pemerintahan KENABIAN, ia berlaku dan berakhir sepertimana yang Allah kehendaki. Setelah itu berlaku pula era pemerintahan KHALIFAH AL-RASYIDIN yang berjalan mengikut manhaj (ciri) era kenabian, ia berlaku dan berakhir menurut sepertimana yang Allah kehendaki. setelah itu diganti pula dengan era pemerintahan yang MENGIGIT (FITNAH) diperintah secara warisan (MONARKI), ia berlaku dan berakhir mengikut kadar masa yang ditentukan Allah s.w.t. Setelah itu diganti dengan era pemerintahan DIKTATOR, ia berlaku dan berakhir mengikut tempoh yang Allah kehendaki. Setelah itu diganti pula dengan era pemerintahan KHALIFAH yang mendapat petunjuk di atas jalan kenabian (berjalan mengikut MANHAJ KENABIAN). Era ini ialah era kegemilangan keseluruhan muka bumi”

(Riwayat Imam Ahmad, Al Bazar, dan At Thabrani dari Huzaifah - Rujuk Al’alam Al-Islami Wal Makaid ad-Daulah Khalal Qurna Ar-Rabi’ Isyril Hijri oleh Ust. Fathi Yakan)

Hits

Budak dalam perut...